Friday 20 January 2017

AISKRIM GORENG FROZEN RESEPI

AISKRIM GORENG FROZEN RESEPI

Sebutan pertama aiskrim berasal daripada bahasa Amerika. Jakson August merupakan orang pertama yang berasal daripada Philadehphia yang menemui cara penghasilan aiskrim pada tahun 1832. Kedai aiskrim pertama yang dibuka di New York City adalah pada tahun 1776. Mesin aiskrim manual pertama dicipta oleh Nancy Johnson dan kemudiannya dipatenkan oleh Johson Patent Ice Cream Freezer. Alfred L.Cralle merupakan pencipta untuk senduk aiskrim pertama pada tahun 1897.

               Aiskrim cornetto telah dicipta dan dipopularkan sejak tahun 1904 lagi. Ianya masih popular sehingga sekarang. Rakyat Amerika merupakan golongan yang paling banyak makan aiskrim. Rata-ratanya setiap orang menghabiskan 15-20 liter setahun. Di Amerika, aiskrim merupakan pencuci mulut yang paling disukai jika dicampurkan dengan biskut.

               Aiskrim mula dihasilkan pada tahun 1600. Aiskrim merupakan makanan yang sering dihidangkan kepada golongan diraja khususnya di England. Thomas Jefferson merupakan orang pertama yang memiliki resepi untuk pembuatan aiskrim berperisa vanilla pada suatu masa dahulu. Pada tahun 1847, Nanci Johnson telah mencipta kejayaan dengan mencipta mesin pembuat aiskrim yang dikenali sebagai hand-crank. Namun, dia kemudiannya menjual hasil ciptaannya yang diberi nama ‘Johnson Paten Ice Cream Freezer’ kepada William Young. Pada tahun 1851, Jacob Fussell telah menjadikan penghasilan aiskrim sebagai satu industri terbesar di Amerika Syarikat. Pada tahun 1984, Amerika Syarikat telah mewujudkan Bulan Aiskrim Kebangsaan yang disambut pada bulan Julai setiap tahun.

               Aiskrim goreng merupakan satu hidangan istimewa yang pertama sekali diperkenalkan di Malaysia di Pantai Batu Buruk, Terengganu. Aiskrim goreng merupakan satu hidangan pencuci mulut di Asia, Amerika Syarikat dan Mexico. Aiskrim biasa ditemui di Mexican rangkaian makanan restoran-restoran di Amerika Syarikat dan pesta serta carnival. Ia dihasilkan dengan mengambil satu pencedok aiskrim sejuk beku, dicelup ke dalam telur dan kemudiannya digolek di dalam emping jagung atau serbuk biskut dan seterusnya digoreng di dalam minyak yang banyak. Kesejukkan aiskrim mencegah ia daripada cair sementara digoreng. Aiskrim goreng telah menjadi satu pencuci mulut yang terdapat di restoran-restoran China dan Jepun. Resepi di restoran-restoran ini berbeza sedikit kerana menggunakan tempura dan juga menggunakan kulit yang diperbuat dari empingan jagung atau serbuk biskut.

Resepi Aiskrim Goreng 1

Bahan-bahan:
·        Aiskrim
·        Satu butir telur
·        Satu cawan tepung gandum
·        Air
·        Dua cawan serbuk roti
·        Satu cawan cornflakes
·        Satu cawan coco crunch

Cara-caranya:
·        Tepung dan telur dicampur dengan air. Kacau sebati dan asingkan.
·        Campurkan serbuk roti, cornflakes, coco crunch ke dalam mangkuk dan asingkan.
·        Cedok aiskrim supaya menjadi bulat.
·        Celupkan ke dalam tepung tadi dan golekkan ke dalam campuran serbuk roti tadi.
·        Bungkuskan ia ke dalam plastic wrapping.
·        Bekukan di dalam freezer selama 30-45 minit sehingga keras.
·        Bubuh minyak ke dalam kuali.
·        Tunggu sehingga minyak itu betul-betul panas.
·        Apabila minyak sudah panas, ambil aiskrim tadi, buka bungkusan plastik dan goreng sehingga kekuningan.


Resepi Aiskrim Goreng 2
Bahan-bahan:
·        10 keping roti
·        5 scoop aiskrim (apa-apa perisa
·        Plastik penyimpanan
·        Acuan untuk menerap roti (cawan plastik atau apa-apa yang boleh dijadikan penerap)
·        Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:
·        Letakkan sekeping roti di atas pinggan.
·        Letakkan satu scoop aiskrim di tengah-tengah roti.
·        Ambil sekeping lagi roti dan tutup di atas roti yang pertama tadi.
·        Gunakan acuan untuk menerap hingga terputus bahagian tepi roti.
·        Kelim atau kepit bahagian tepi roti supaya tidak terbuka.
·        Simpan dalam plastik untuk penyimpanan selama  jam atau semalaman.
·        Panaskan minyak dan goreng.
·        Terbalikkan agar masak sekata.
·        Proses menggoreng sekejap sahaja iaitu kurang daripada satu minit.

·        Angkat dan sedia untuk dinikmati.

1 comment:

  1. Playtech casino & poker games in India - Wooricasinos
    Playtech casino & poker 바카라사이트 games 벳 익스 in India · Betway · Evolution Gaming · 888 무료 슬롯 머신 · Betway · Betwinner. Playtech is one of the 심바 먹튀 best gaming providers 검증사이트먹튀랭크 in the

    ReplyDelete